Sabtu, 22 September 2012

I'm Strong !!





Minggu yang memenatkan bagi aku hampir berakhir. Tiada lagi assignment ataupun group discussion yang akan menganggu persiapan aku untuk final exam. Allhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar. InsyaAllah ini akan menjadi semester terakhir aku di CFS IIUM sebelum ke main campus. Saat yang aku tunggu-tunggu setelah setahun setengah di sini hampir tiba. Merantau sejauh ini untuk mencari ilmu benar-benar menguji kesabaran aku. Semester pertama di cfs boleh dikatakan tiada apa-apa yang istimewa. Mungkin ini disebabkan ekspresi pertama aku "aku tak sukakan tempat ini" yang menjadi saka bagi semester pertama aku. Semester kedua berlalu dengan aku lebih banyak melibatkan diri dalam sukan untuk mengisi kesunyian waktu. Dalam hati, aku tidak henti-henti berdoa agar semester ini cepat habis. Tapi semester ketiga bagaikan ada sesuatu yang istimewa. Walaupun jadual aku padat dengan tiga subjek core + 2 subjek alternatif, ada sesuatu membuatkan aku rasa gembira yang aku sendiri tak pasti. Mungkin aku telah kenal dengan ramai orang ketika group discusssion ataupun entahla... Ia satu perasaan yang istimewa... Tapi waktu aku hampir habis dan aku percaya rasa ini hanya seketika. Ada masa kita akan berjumpa lagi..Aku harap aku kuat.. Seperti kata-kata dalam movie Buzzer Beat yang pic kat atas tu "I am strong"...

Ahad, 16 September 2012