Isnin, 12 Disember 2011
Menerawang bersama kemerduan "Aishiteru"
Jom Relaks!!! Mungkin lagu nie dah lama ataupun lapuk bagi sesetengah orang, tapi masih lagi menjadi pilihan utama aku menjadi halwa telinga untuk tidur. Kenapa? Mestilah alunan melodinya yang menenangkan jiwa. Tidak hairanlah lagu nie menjadi ost untuk drama Cinta Melody yang ditayangkan di Astro Ria baru-baru ni. Dua pemuda yang menggelar band mereka dengan nama Zivillia ini wajar dijadikan contoh oleh band-band tempatan dalam menghasilkan lagu-lagu bercorak catchie ini. Band yang baru mula meningkat naik ini dikhabarkan telah bekerjasama dengan penyayi Jepun bertaraf diva dalam menghasilkan "Aishiteru" ini. Tapi bagi aku, bukanlah taraf penyayi itu yang menjadikan sesebuah lagu itu merdu, sebaliknya keikhlasan penyayi dalam menghayati lagu tersebut. Jadi tidak hairanlah lagu yang bertemakan cinta jarak jauh ini mampu menarik hati aku.
Tambahan pula, lagu memberikan aku ingatan kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku ketika itu. Dalam bahasa mudahnya, aku akan cepat mengingati sesuatu peristiwa jika ada lagu. Syaratnya lagu tu mestilah menarik. Cerita banyak tak guna, jom layan dulu bait-bait "Aishiteru"..
Rabu, 7 Disember 2011
Perjuangan Belum Selesai
“Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
Isnin, 5 Disember 2011
Hujan Pagi
Musim monsun timur laut yang membawa hujan lebat mula melanda kampungku. Tidur aku terjaga dengan bunyi jerit-pekik kanak-kanak yang gembira bermain dengan air hujan termasuk adikku sendiri. Lantas aku teringat zaman kanak-kanakku yang tidak jauh bezanya dengan mereka. Hujan membawa bencana tapi tidak kurang juga rahmat bagi segelintir umat manusia. Beginilah caranya kanak-kanak di perkampungan kami menmanfaatkan hujan yang turun. Bermain lopak air, kejar-mengejar, dan berbasikal sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Sedang aku leka melihat adikku bermain bersama rakan-rakannya yang rata-rata tidak berbaju melalui tingkap rumah, terpandang olehku ke arah sebuah rumah banglo berhampiran dengan rumahku. Anaknya sekadar melihat rakan-rakan sebaya dengannya bermain dalam hujan dengan perasaan penuh minat. Aku tersenyum sendiri. Barangkali anak ini telah dinasihati oleh ibu-bapanya agar tidak turut serta bermain dalam hujan dengan amaran mungkin dijangkiti demam.
Bagi mereka, mungkin ibu-bapa kami tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan kami bermain hujan. Tapi kami tidak pernah kisah kerana kanak-kanak seperti ini sedang belajar mengenali persekitaran mereka. Biarkanlah mereka bebas menikmati saat-saat indah mereka sebagai kanak-kanak. Kalau mereka tidak suka, mereka boleh biarkan anak-anak mereka di dalam rumah bersama permainan Play Station mereka.
Bagi mereka, mungkin ibu-bapa kami tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan kami bermain hujan. Tapi kami tidak pernah kisah kerana kanak-kanak seperti ini sedang belajar mengenali persekitaran mereka. Biarkanlah mereka bebas menikmati saat-saat indah mereka sebagai kanak-kanak. Kalau mereka tidak suka, mereka boleh biarkan anak-anak mereka di dalam rumah bersama permainan Play Station mereka.
Khamis, 1 Disember 2011
Rumpun Melayu
Sajak KJ yang jelas membawa mesej kepada bangsa Melayu agar tidak lupa akan asal-usul. Biarlah apa yang mereka mahu katakan tentang kita, rasis, perjuangan taghut, atau apa sekalipun, Umno tetap mendukung prinsip mermartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri. Apabila kita bercakap tentang bangsa Melayu, mana mungkin kita dapat lari daripada membicarakan tentang Islam kerana tiada agama yang utama bagi orang Melayu itu melainkan Islam. Jika timbul ragu-ragu dalam diri kalian tentang perihal ini, ayuh kita singkap susur galur kedatangan Islam ke Tanah Melayu bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi tapak perkembangan Islam di bumi Melayu ini. Tanyakan kepada diri kalian di manakah kalian ketika itu yang tiba-tiba pada era modenisasi ini melabelkan Umno sebagai perjuangan taghut. Ayuh!! tanyakan kepada diri kalian di mana kalian ketika Natrah ingin di bawa lari ke Belanda dan dimurtadkan sedangkan Umno telah bergadai untuk mempertahankan beliau. Tiba-tiba kalian muncul dan menggelar diri kalian pejuang Islam yang sebenar kononnya. Ohh, aku hampir terlupa bahawa kalian bukanlah orang yang jahil tentang sejarah tetapi hanyalah buta dalam menilai sejarah. Katanya sejarah yang didedahkan hanya mengandungi agenda politik kerajaan lantas kalian mengangkat fahaman komunis sebagai nilai sejarah negara yang sebenar. Malah ada yang bercita-cita untuk menamakan pembawa cerita sesat ini sebagai Menteri Pelajaran seandainya pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Biarkanlah, itu hak kalian. Hak kalian untuk bersuara yang kalian katakan selama ini dikekang oleh kerajaan. Tapi ingatlah bahawa parti Umno ini telah terlebih dahulu makan garam daripada kalian. Bak orang kata ketika kalian baru belajar merangkak, kami sudah belajar shuffle.Bahkan, Umno itu sendiri ditubuhkan sebelum pejabat pendaftaran parti diwujudkan. Benarlah kata-kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, pemimpin Dap berucap di pentas, ahli Pas bertakbir di bawah. Apa maknanya??
Inilah jadinya jika kemaruk gila kuasa hinggakan sudah jelas ucapan menghina oleh Nga Kor Ming disambut dengan gelak ketawa oleh ahli-ahli PAS. Yang dicaci dengan perkataan HARAM JADAH itu bukannya orang lain malah sama seagama dengan kita.
Bagi Nga Kor Ming mungkin itu cara orang kafir harbi dan soal Islam dipermainkan bukan menjadi perkara utama kepada mereka. Janji dapat melepaskan geram sudah cukup tetapi malangnya ucapan ini diutarakan dihadapan orang-orang Islam yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah.
Justeru tidak hairanlah, semasa sessi perbahasan Sidang DUN Perak yang lalu Nga Kor Ming turut melabelkan Timbalan Speaker DUN Perak sebagai 'PELACUR POLITIK'. Apa sebenarnya yang membuatkan Nga Kor Ming begitu marah kepada Datuk Hee Yit Foong saya pun kurang pasti.
Apa-apa pun sudah pastilah kesatuan rumpun Melayu dalam video di atas bakal meremangkan bulu roma mereka yang tidak sefahaman dengan Umno.
Langgan:
Ulasan (Atom)
