Isnin, 12 Disember 2011

Menerawang bersama kemerduan "Aishiteru"


Jom Relaks!!! Mungkin lagu nie dah lama ataupun lapuk bagi sesetengah orang, tapi masih lagi menjadi pilihan utama aku menjadi halwa telinga untuk tidur. Kenapa? Mestilah alunan melodinya yang menenangkan jiwa. Tidak hairanlah lagu nie menjadi ost untuk drama Cinta Melody yang ditayangkan di Astro Ria baru-baru ni. Dua pemuda yang menggelar band mereka dengan nama Zivillia ini wajar dijadikan contoh oleh band-band tempatan dalam menghasilkan lagu-lagu bercorak catchie ini. Band yang baru mula meningkat naik ini dikhabarkan telah bekerjasama dengan penyayi Jepun bertaraf diva dalam menghasilkan "Aishiteru" ini. Tapi bagi aku, bukanlah taraf penyayi itu yang menjadikan sesebuah lagu itu merdu, sebaliknya keikhlasan penyayi dalam menghayati lagu tersebut. Jadi tidak hairanlah lagu yang bertemakan cinta jarak jauh ini mampu menarik hati aku.
            Tambahan pula, lagu memberikan aku ingatan kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku ketika itu. Dalam bahasa mudahnya, aku akan cepat mengingati sesuatu peristiwa jika ada lagu. Syaratnya lagu tu mestilah menarik. Cerita banyak tak guna, jom layan dulu bait-bait "Aishiteru"..
        

Rabu, 7 Disember 2011

Perjuangan Belum Selesai



Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa

Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Isnin, 5 Disember 2011

Hujan Pagi

       Musim monsun timur laut yang membawa hujan lebat mula melanda kampungku. Tidur aku terjaga dengan bunyi jerit-pekik kanak-kanak yang gembira bermain dengan air hujan termasuk adikku sendiri. Lantas aku teringat zaman kanak-kanakku yang tidak jauh bezanya dengan mereka. Hujan membawa bencana tapi tidak kurang juga rahmat bagi segelintir umat manusia. Beginilah caranya kanak-kanak di perkampungan kami menmanfaatkan hujan yang turun. Bermain lopak air, kejar-mengejar, dan berbasikal sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Sedang aku leka melihat adikku bermain bersama rakan-rakannya yang rata-rata tidak berbaju melalui tingkap rumah, terpandang olehku ke arah sebuah rumah banglo berhampiran dengan rumahku. Anaknya sekadar melihat rakan-rakan sebaya dengannya bermain dalam hujan dengan perasaan penuh minat. Aku tersenyum sendiri. Barangkali anak ini telah dinasihati oleh ibu-bapanya agar tidak turut serta bermain dalam hujan dengan amaran mungkin dijangkiti demam.

       Bagi mereka, mungkin ibu-bapa kami tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan kami bermain hujan. Tapi kami tidak pernah kisah kerana kanak-kanak seperti ini sedang belajar mengenali persekitaran mereka. Biarkanlah mereka bebas menikmati saat-saat indah mereka sebagai kanak-kanak. Kalau mereka tidak suka, mereka boleh biarkan anak-anak mereka di dalam rumah bersama permainan Play Station mereka.


Khamis, 1 Disember 2011

Rumpun Melayu

 


Sajak KJ yang jelas membawa mesej kepada bangsa Melayu agar tidak lupa akan asal-usul. Biarlah apa yang mereka mahu katakan tentang kita, rasis, perjuangan taghut, atau apa sekalipun, Umno tetap mendukung prinsip mermartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri. Apabila kita bercakap tentang bangsa Melayu, mana mungkin kita dapat lari daripada membicarakan tentang Islam kerana tiada agama yang utama bagi orang Melayu itu melainkan Islam. Jika timbul ragu-ragu dalam diri kalian tentang perihal ini, ayuh kita singkap susur galur kedatangan Islam ke Tanah Melayu bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi tapak perkembangan Islam di bumi Melayu ini. Tanyakan kepada diri kalian di manakah kalian ketika itu yang tiba-tiba pada era modenisasi ini melabelkan Umno sebagai perjuangan taghut. Ayuh!! tanyakan kepada diri kalian di mana kalian ketika Natrah ingin di bawa lari ke Belanda dan dimurtadkan sedangkan Umno telah bergadai untuk mempertahankan beliau. Tiba-tiba kalian muncul dan menggelar diri kalian pejuang Islam yang sebenar kononnya. Ohh, aku hampir terlupa bahawa kalian bukanlah orang yang jahil tentang sejarah tetapi hanyalah buta dalam menilai sejarah. Katanya sejarah yang didedahkan hanya mengandungi agenda politik kerajaan lantas kalian mengangkat fahaman komunis sebagai nilai sejarah negara yang sebenar. Malah ada yang bercita-cita untuk menamakan pembawa cerita sesat ini sebagai Menteri Pelajaran seandainya pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Biarkanlah, itu hak kalian. Hak kalian untuk bersuara yang kalian katakan selama ini dikekang oleh kerajaan. Tapi ingatlah bahawa parti Umno ini telah terlebih dahulu makan garam daripada kalian. Bak orang kata ketika kalian baru belajar merangkak, kami sudah belajar shuffle.Bahkan, Umno itu sendiri ditubuhkan sebelum pejabat pendaftaran parti diwujudkan. Benarlah kata-kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, pemimpin Dap berucap di pentas, ahli Pas bertakbir di bawah. Apa maknanya??

Inilah jadinya jika kemaruk gila kuasa hinggakan sudah jelas ucapan menghina oleh Nga Kor Ming disambut dengan gelak ketawa oleh ahli-ahli PAS. Yang dicaci dengan perkataan HARAM JADAH itu bukannya orang lain malah sama seagama dengan kita.

Adakah ini cara Islam sebenar PAS yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin DAP laknatullah. Bagaimana rasanya ahli-ahli PAS kiranya saya mengatakan Nik Aziz dan Aziza Razak sebegai Menteri Besar 'HARAM JADAH' iaitu Menteri dari kalangan anak haram. Jika berlaku sedemikian, jangan mudah melatah sebab cara didikan seperti ini dimulakan oleh PAS sendiri.
Bagi Nga Kor Ming mungkin itu cara orang kafir harbi dan soal Islam dipermainkan bukan menjadi perkara utama kepada mereka. Janji dapat melepaskan geram sudah cukup tetapi malangnya ucapan ini diutarakan dihadapan orang-orang Islam yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah.

Justeru tidak hairanlah, semasa sessi perbahasan Sidang DUN Perak yang lalu Nga Kor Ming turut melabelkan Timbalan Speaker DUN Perak sebagai 'PELACUR POLITIK'. Apa sebenarnya yang membuatkan Nga Kor Ming begitu marah kepada Datuk Hee Yit Foong saya pun kurang pasti. 
 
Apa-apa pun sudah pastilah kesatuan rumpun Melayu dalam video di atas bakal meremangkan bulu roma mereka yang tidak sefahaman dengan Umno.

Rabu, 23 November 2011

Wira-Wira Sukan Sea-26

Allhamdulillah, akhirnya sukan sea ke-26 berakhir dengan jayanya. Walaupun Malaysia tidak berjaya menjadi juara keseluruhan namun "ibu segala pingat" iaitu dalam acara bola sepak berjaya dipertahankan. Tahniah buat wira-wira negara yang berjaya melenyapkan ego sang garuda. Berhadapan dengan pelbagai provokasi melampau pihak lawan, jelas sekali anak-anak muda kita tidak gentar. Namun beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang kejohanan sukan sea berlangsung jelas menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam diri aku. Mungkin aku boleh memahami situasi apabila atlet negara menentang atlet tuan rumah, mereka bakal diejek dan dicaci, tetapi apabila atlet negara menentang negara-negara lain pun peristiwa yang sama berlaku bahana sikap anti-Malaysia oleh penduduk Indonesia.Isu ini merupakan salah satu bahan politik pembangkang di negara tersebut yang menjadi kempen mereka dalam meraih undi. Mereka jelas tidak menghormati langsung identiti negara kita. Sememangnya kata-kata Ong Kim Swee patut menjadi pembakar semangat buat rakyat di negara ini..
"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swee

 


 


 


 

 

Ahad, 13 November 2011

Si Kecil di Pentas Mini




Disebalik kemeriahan upacara Pembukaan Sukan SEA,
terpegun dan kagum dengan bunga api,
namun hati ini,
lebih tersentuh melihat si kecil di pentas mini,
dendangan Indonesia Raya dinyanyi sepenuh hati, 
di dada tersemat panji merah putih yang suci,
namun aku di sini,
alunan Negaraku menerawang hampir setiap hari,
baik di radio mahupun di stesen TV,
jarang sekali untukku berdiri apatah lagi menghayati,
sebuah lagu yang menjadi identiti bangsaku sendiri,
dan kami di sini,
masih bertelagah lagi,
akan Jalur Gemilang dan Negaraku ini,
apakah benar ia milik kami??
itulah soalan yang bermain di fikiran muda-mudi,
yang berfikiran global lagi penuh inspirasi,
tapi sayang mereka dimanipulasi,
bagi aku sendiri,
Malaysia,Jalur Gemilang dan Negaraku bukanlah untuk dikhianati,
tetapi sekadar menguji kesetiaan ini,
pada negara dan tempat asal-usul kami,
itulah sedikit sebanyak yang dapat aku pelajari,
daripada dia yang pastinya lebih mengerti,
terima kasih wahai si kecil di pentas mini!

Selasa, 8 November 2011

Hujan!!!!

" Biarkanlah aku menangis, kerana setiap titisan yang turun ini tidak mungkin ku endahkan lagi ".

Hari Raya Aidiladha.

Rasanya dah lama aku tak menulis kat sini. Kenapa? Tak ada idea kot. Terlalu banyak perkara yang berlaku menyebabkan aku hilang mood nak update blog nie. Semuanya perkara yang menyedihkan salah satunya pastilah kekalahan skuad bola sepak Terengganu di final Piala Malaysia baru-baru nie. Tak perlu sedih-sedih lagi sebab tahun depan boleh cuba lagi. Sebenarnya, post nie bukanlah nak menceritakan tentang bola sepak pun. Macam tajuk kat atas tu, aku agak korang tentu dah tahu kan. Sempena hari baik ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" buat semua umat islam. Tahun nie hari raya haji disambut dengan agak meriah. Macam biasalah setiap tahun Mak sedare aku akan membuat lemang walaupun makanan tradisional itu biasanya lebih popular pada hari raya puasa. Sehari sebelum hari raya korban disambut, aku dan keluarga telah pulang ke kampung untuk menyiapkan benda alah nie. Seronok lah jugak apabila semua ahli keluarga berkumpul walaupun tak semuanya balik beraya. Tambah-tambah lagi aku dengan sepupu-sepupu aku tak lah begitu ngam. Aku kan pendiam...haha.. Saper tak seronok beraye kat Kuala Berang kan? Matlamat utama bukanlah nak sambut raya sangat pun tapi nak mandi sungai. fuh!! memang terbaeklah gua cakap lu..


 
Adik aku yang bongsu duk posing dengan lemang


Aku agak tujuan utama Mak Sedare aku menganjurkan upacara pembuatan Lemang nie bukanlah semata-mata untuk dimakan pada hari raya, tapi aku agak inilah saat dan ketikanya untuk kami merapatkan hubungan kekeluargaan. Tapi bagi aku kehidupan di kampung memang best. Dalam erti kata yang lain, aku lebih suka bunyi riuh rendah burung di kampung daripada bunyi bising orang di bandar...Faham?

Jumaat, 14 Oktober 2011

Ganu Nelang !!!!

Post kali nie aku nok tulih dalam bahase ganu. Mapuh la awok mu paham ke dok. Doh mende hok nelangnye??? Nie aku nok kabor yang pasukan bola sepak Terengganu dan T-Team layok ke separuh akhir. Lepah abih suku akhir pertame kat K.T ari tu ramai hok pilih klatang yg berpeluang untuk layok. Kalu mu tengok dalam Forum, Formasi ngan Nadi Arena tu, semua panel ye pilih klatang. Tapi wira kite Ashaari Samsuddin @ kini orang panggil ye " the silent killer" awal dok awal sumbat dua utir doh semalam. T-team pon menang gok semalam. Tunggu 18 hb dgn 22 hb nie pulok ganu lwn selangor dan t-team lwn n.sembilan. Time kasih gok ke penyokong ganu terutamenye ultras.. Memang Nelang la aku tengok mase gi stadium..

Ultras Tranung


Chantz yg gempak

All Time Ultras

Penyokong2 nie lah hok menjadi tulang belakang pasukan tranung.. Mari kite tengok pulok pemain2 kite hok bekeng ngan nelang pulok..

Manaf Mamat(ganusoccer.net)


Ashaari The Silent Killer
Wira-Wira Terengganu

Sabtu, 8 Oktober 2011

Harimau Malaya ditendang Socceroots.

Tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekalahan skuad bola sepak negara kepada skuad kebangsaan Australia(socceroots). Melihat pada jurang ranking dunia sahaja sudah dapat diagak keputusanya. Skuad harimau malaya tewas lima gol tanpa balas pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di canberra, Australia semalam. Empat gol dijaringkan pada separuh masa pertama dan satu gol pada separuh masa kedua sudah cukup untuk menghukum kelopongan barisan pertahanan Malaysia. Skuad yang turut dibarisi dengan beberapa muka baru seperti Joseph Kalang Tie, K.Rubben dan Faizal Mohammad masih belum cukup untuk memantapkan corak permainan Malaysia. K. Rajagobal seharusnya mengembalikan semula beberapa pemain yang beliau sisihkan seperti Safiq Rahim, Ashaari Shamsuddin dan Amirulhadi Zainal untuk mengembalikan keemilangan bola sepak negara. Prestasi semasa tidak patut dijadikan alasan oleh K.Rajagobal untuk menggugurkan mereka. Walaubagaimanapun tahniah buat beberapa pemain negara yang bertungkus lumus menentang asakan skuad Australia yang bertali arus. Hidup Harimau Malaya!!

Harimau Malaya vs Socceroots




 
Asakan yang hampir memberikan jaringan

Joseph Kalang Tie perlukan lebih pengalaman untuk menyaingi Safiq Rahim

Itulah sedikit sebanyak yang dapat diulaskan dalam perlawanaan persahabatan semalam. Kini, pemain negara bolehlah kembali fokus untuk aksi saingan suku akhir piala malaysia yang akan berlangsung pada 10hb dan 14 hb ini. Berikan sokongan anda pada bola sepak Malaysia.

Macam Best je Lagu Nie



Jom layan lagu... Post kali nie nak tunjuk satu lagu yang aku dengar ost untuk drama Nada Cinta tu. Lagu yang catching dan easy listening.. Selamat Mendengar!!!

Khamis, 6 Oktober 2011

Amacam, Ada Berani Ka???

Dahsyat2... Baru lepas tengok satu rancangan realiti televisyen nie. Memang "true fighting"lah. Dia punye kick,elbow,dan punch memang real punye. Nak tahu show ape? Korang bukak channel 701 @ name commercialnye AXN pukul 10 malam hari khamis. Tajuknye " The Challenger Muay Thai". Sebenarnya show ni lebih kurang sama lah dengan show "The Containder" musim lepas punye. Tapi bestnye, show nie bukan semata-mata fight je tapi turut diselitkan dengan kisah-kisah hidup para peserta yang majoritinya daripada keluarga susah. Macam semalam punye episod, ade peserta Thailand tu yang bertarung untuk dapatkan duit biaya rawatan penyakit ayahnya. Sebelum berlawan tu sempat lagi call ayah dia mintak restu. Lawan dia pulak peserta Australia. Dalam show nie gak ade peserta malaysia tau. nak tahu saper kene check it out!


show semalam aku tegok dia cool je..
Mohd Faizal Bin Ramli
"Golden Elbow"
Nationality: Malaysian
Age: 21
Birthdate: 24 / 10 / 1989
Height: 177cm
Weight: 69 kg
Fights: 38 | Wins: 35 | Loss: 0 | KO: 0 | Draw: 3 | Titles: 3
Latest Titles:
Malaysian WMC Champion ,Winner - Challenger WMC Asian Challenge,WMC - MAD Champion


Nie lah satu-satunya peserta Malaysia, tapi dia tak fight semalam. Semalam peserta Thailand vs Austaralia dan sebelum tu peserta Israel vs Perancis. Mujur peserta Israel tu kalah. Bukan kuat mane pun dia. Kalau aku join gak peluang untuk menang lwn dia tu dalam 80% gak la.(hihi.. biar berdarah pon peserta perancis yg lwn dengan si Israel nie). Korang layan jelah gambar kat bawah nie.. Tak guna citer banyak-banyak.

   
Atoine Pinto(PER) vs Ilya Grad(ISR)

Pic website diorang.. Cool siot!!!!

Peserta Perancis lwn Peserta Israel tu


Bila la agaknye aku bleh masuk ye..haha..kidding..

Nie lah sedikit sebanyak aku boleh cerita pasal show nie. Nak letak gambar banyak-banyak kan tak boleh gak. Gambar google image ape celoop.. Ape-ape pun show nie tak sesuai untuk orang jambu ye. Baik korang gi layan korea nuh.

Selasa, 4 Oktober 2011

My Best Movie Collections

Kategori Filem Hong Kong

 1.
Fulltime Killer
        
2.  
Cape No.7


3.
Infernal Affairs

Kategori Filem Asia Tenggara

1.
1957 Hati Malaya
2.     

The Princess

3.

Laskar Pelangi

4.

KL Gangster
Kategori Filem Jepun

1.


Crow Zero1&2

Ada banyak lagi sebenarnya movie-movie yang menarik tapi setakat ni cukuplah. Aku memang minat filem-filem asia je. Filem Omputih sorry to say kurang minatlah. Aku rasa korang pon tahu sebab apa kan!!!

Kerana Kita Berbeza

Petang tadi, aku ada menonton sebuah drama di televisyen. Tidak perlu untuk aku menyatakan tajuk dan kisah drama tersebut. Cuma apa yang menarik perhatian aku adalah satu babak perbualan antara dua orang pemuda dari golongan taraf yang berbeza. Seorang pemuda yang berasal daripada keluarga nelayan manakala seorang lagi merupakan anak jutawan. Babak berkisar tentang anak nelayan yang sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli belah tersohor milik anak jutawan tadi. Anak nelayan itu masuk ke satu aras yang terdapat pelbagai barangan mewah.


    Anak Jutawan : Maaf encik.. Aras ini hanya untuk pelanggan tetap kami yang
                            berbelanja lebih RM 10 ribu setahun.
    Anak Nelayan : Oh, tidak sangka di pusat ini amalan kasta masih ada.
                            Apa bezanya mereka dengan aku? Apa yang mereka beli sehingga
                            RM 10 ribu itu boleh dibazirkan begitu sahaja?
    Anak Jutawan : Kau mahu tahu apa bezanya?
                            Berapa wang yang kau ada dalam akaun sekarang?
    Anak Nelayan : Taklah banyak sangat (sambil tertunduk malu).
    Anak Jutawan : Itulah bezanya. Kau tahu berapa nilai wang dalam akaun
                            kau tapi mereka tak tahu kerana wang mereka sentiasa
                            bertambah tanpa mereka sedar. Tidak semua daripada
                            kita dilahirkan bernasib baik. Jadi mereka mahukan layanan yang
                            setaraf dengan mereka dan itu yang kami sediakan.
                            Secara tidak langsung ini akan melahirkan perbezaan taraf
                            sosial antara golongan kelas atasan dan kelas biasa.
    Anak Nelayan : Jadi kau pun sama dengan mereka?
    Anak Jutawan : Tiada sebab untuk aku cakap aku berbeza.

Faham tak apa mesej yang hendak disampaikan? Perbezaan taraf sosial itu masih wujud dalam masyarakat. Tidak kira apa cara dan bagaimana sekalipun kita tidak akan dapat lari daripadanya. Apa yang kita cakap atau bualkan seharian kadangkala menunjukkan perbezaan ini. Ambil sahaja contoh, kawan-kawan korang sedang becakap tentang Iphone sedangkan korang tak tahu pun apa itu Iphone. Apa korang rasa? Nak join mereka atau ......? Itulah yang membezakan aku dengan mereka..

Isnin, 3 Oktober 2011

Coretan Tinta Masa Lalu


Sejarah. Sejauh mana kita mengenal ertinya. Kata George Santayana dalam bukunya The Life of Reasons, volume 1,1905 "Those who can not remember the past are condemned to repeat it".Barangsiapa yang tidak mampu untuk mengigati masa lalu dikutuk untuk mengulanginya. Sejarah dicipta bukan untuk dimanipulasi bahkan bukan juga untuk disalah erti. Di dalam kelas, subjek sejarah hanya sebagai halwa telinga yang mengulit mimpi. Adakah mereka tahu bahawasanya sejarah ini ditulis dengan dakwat darah orang yang telah mati??? Ya mereka hidup kembali sahabatku. Mereka hidup dalam naskah-naskah dan manuskrip lama untuk berbicara padamu.Mereka mahu berbicara tentang kesetiaan, pengorbanan, dan harapan.
          Hari ini, kita tidak memplajari apa-apapun daripada sejarah. Satu-satunya pelajaran yang kita ambil daripada sejarah adalah untuk melupainya agar kesilapan yang sama berulang dan terus berulang. Itulah caranya kita dalam menafsir sejarah!


Ahad, 2 Oktober 2011

Prolog Sebuah Ceritera

Assalamuailaikum...
Setelah lama aku cuba 'explore' macam mana nak guna blog nie,akhirnya ini dia "Theblanksideofmine". Kenapa tajuk macam tu?? Entahla, mungkin aku terpengaruh dengan posisi dalam ragbi tu "blind side". Posisi tu untuk player yang mempunyai larian yang pantas untuk membuat try. Lagi satu posisi tu jarang orang nampak. Samalah macam blog aku nie haha... Apa-apapun dalam blog ini aku berhasrat untuk kongsikan pendapat aku tentang dunia dari kaca mata orang biasa. Ini bukan blog jiwang-jiwang. Ini blog untuk patriotisme,nasionalisme,dan sportisme(ada ke??) macam aku. Kita muda hanya sekali kan? Kalau kita tak cukup hebat untuk jadi pemimpin yang dikenali biarlah kita jadi pengikut yang dihormati. Kita bejuang dengan cara sendiri kerana itulah wujudnya "Theblanksideofmine".. aku melayu tidak akan selamanya layu!!!