Sabtu, 21 Januari 2012

Sultan Muhammad Al-Fateh Si Penakluk


The Prophet SAW when digging the Trench Drain:
".. Constantinople (now Istanbul) will fall into the hands of the Muslim army. Its king is the best of kings, military forces are the best ... ... "
(Hadith narrated by Imam Ahmad)

     
     Mungkin ramai yang sudah terbiasa mendengar nama Sultan Muhammad Al-Fatih dan kisah perjuangan beliau serta tentera-tenteranya dalam menakluk kota konstatinopel atau kini lebih dikenali dengan nama Istanbul. Malah, aku sendiri telah beberapa kali membaca novel tentang beliau hasil karya penulis novel sejarah terkemuka Abdul Latip Talib. 


     Malam rabu baru-baru ini, merupakan malam ilmu bagi warga CFS IIUM. Manakan tidak, terdapat tiga majlis ceramah ilmu yang berlangsung serentak dan disampaikan oleh penceramah-penceramah terkemuka. Usai solat Magrib, aku, Syahmi, Farouq, Wafiy dan Azwan menapak ke majlis ilmu pilihan kami. Majlis ceramah bertajuk Warna Hati Remaja yang disampaikan oleh Ustaz Kazim menjadi pilihan mereka dan aku hanya megikut sahaja. Maklumlah, mereka lebih arif dalam memilih majlis ilmu yang terbaik sedangkan aku bukanlah ahli tetap dalam majlis-majlis sebegini. 


      Majlis yang berlangsung di LHA itu dihadiri oleh ratusan warga pelajar di sini. Pemilihan lokasi yang kurang tepat barangkali bagi aku kerana hadirin terpaksa berasak-asak untuk duduk di dalam LHA yang sempit itu. Tatkala Syahmi, Farouq dan Wafiy berjaya masuk ke dalam, aku dan Azwan menapak pergi. Bukanlah niat aku untuk menjauhi majlis ilmu itu tetapi aku secara "natural" tidak gemarkan tempat yang "crowded" baik di pusat membeli-belah ataupun pasar malam. Aku akan cuba sedaya upaya menghindarkan diri dari tempat-tempat ini jika tiada keperluan.


       Lokasi yang aku tujui bersama Azwan ialah majlis ilmu yang memerlukan pemikiran yang agak berat di Al-Malik Faisal Hall. Ceramah bertajuk Sultan Muhammad Al Fatih yang disampaikan oleh pengkaji sejarah benar-benar membongkar susur galur perjuangan beliau. Segala maklumat yang diperoleh sememangnya terkini dan terbaik. Selain penggunaan "slide show" yang banyak membantu proses penyampaian, kredit harus diberikan juga kepada gaya penyampaian penceramah yang bersemangat dan kadang-kala bijak menyelitkan unsur humour. 


      Di sebalik perjuangan Sultan Muhammad Al- Fatih, aku menyedari terdapatnya beberapa nama-nama besar yang lain dalam armada tentera beliau yang membantu dalam misi menakluki kota Konstatinopel. Nama orang-orang yang berjiwa besar.


Jumaat, 6 Januari 2012

Swallow The Sun


Suke tengok drummer ngan gitaris group nie.. Drama untuk crite nie pon best tapi sayang x bleh tonton sampai abis.. Esok dah nak pegi.. Jumpa lagi Swallow The Sun.. Kantoi la plak  tengok drama korea..haha..

Rabu, 4 Januari 2012

Jersi Terengganu 2012

Depan
Belakang


Musim baru Liga Super Malaysia 2012 menyaksikan pelancaran jersi baru hampir kesemua pasukan yang bertanding. Tidak ketinggalan pasukan Terengganu yang melancarkan jersi baru mereka baru-baru ini. Namun, jersi tersebut masih belum lengkap sepenuhnya kerana masih belum diletakkan nama penaja. Illustrasi jersi di atas menunjukkan jersi pasukan Terengganu setelah diletakkan nama penaja. Specs masih menjadi penaja rasmi jersi Terengganu diikuti beberapa penaja lain seperti Happy,Zaid Enterprise, Top IT, dan Ekspress Perdana. Pasukan Terenggau musim ini juga turut diperkuat dengan kembalinya beberapa anak tempatan yang bermain bersama pasukan Harimau Muda A musim lepas seperti Muslim Ahmad, Shukur Jusuh dan Faizal Muhammad selain mengekalkan hampir kesemua tonggak utama musim lepas. Semoga pasukan Terengganu pada musim 2012 ini mampu menjadi pencabar bagi pasukan-pasukan lain yang bertanding baik dalam MSL, Piala Malaysia, Piala FA, dan AFC.

Selamat Tahun Baru 2012 !!!


Sudah lama tidak "mengupdate " blog. Setelah hampir 2 minggu bercuti di kampung tanpa sebarang alat komunikasi dengan orang luar, hidup ini terasa benar-benar aman. Internet tak de dan bateri fon habis tanpa membawa charger sememangnya menguji kesabaran aku untuk membuka akaun fb. Entah apa yang istimewa tentang fb pun aku tak tahu. Selama di kampung, aku telah menyertai beberapa acara sukaneka dan kejohanan bola sepak liga banjir yang dianjurkan oleh pemuda Umno kawasan kampung aku. Tapi sorry, aku nie jenis orang yang tak suka tangkap gambar so, no picture ok!! Rasenye belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua!!Semoga semua dapat muhasabah diri sempena tahun baru ini..