![]() |
| Depan |
![]() | ||
| Belakang |
Musim baru Liga Super Malaysia 2012 menyaksikan pelancaran jersi baru hampir kesemua pasukan yang bertanding. Tidak ketinggalan pasukan Terengganu yang melancarkan jersi baru mereka baru-baru ini. Namun, jersi tersebut masih belum lengkap sepenuhnya kerana masih belum diletakkan nama penaja. Illustrasi jersi di atas menunjukkan jersi pasukan Terengganu setelah diletakkan nama penaja. Specs masih menjadi penaja rasmi jersi Terengganu diikuti beberapa penaja lain seperti Happy,Zaid Enterprise, Top IT, dan Ekspress Perdana. Pasukan Terenggau musim ini juga turut diperkuat dengan kembalinya beberapa anak tempatan yang bermain bersama pasukan Harimau Muda A musim lepas seperti Muslim Ahmad, Shukur Jusuh dan Faizal Muhammad selain mengekalkan hampir kesemua tonggak utama musim lepas. Semoga pasukan Terengganu pada musim 2012 ini mampu menjadi pencabar bagi pasukan-pasukan lain yang bertanding baik dalam MSL, Piala Malaysia, Piala FA, dan AFC.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan