Musim monsun timur laut yang membawa hujan lebat mula melanda kampungku. Tidur aku terjaga dengan bunyi jerit-pekik kanak-kanak yang gembira bermain dengan air hujan termasuk adikku sendiri. Lantas aku teringat zaman kanak-kanakku yang tidak jauh bezanya dengan mereka. Hujan membawa bencana tapi tidak kurang juga rahmat bagi segelintir umat manusia. Beginilah caranya kanak-kanak di perkampungan kami menmanfaatkan hujan yang turun. Bermain lopak air, kejar-mengejar, dan berbasikal sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Sedang aku leka melihat adikku bermain bersama rakan-rakannya yang rata-rata tidak berbaju melalui tingkap rumah, terpandang olehku ke arah sebuah rumah banglo berhampiran dengan rumahku. Anaknya sekadar melihat rakan-rakan sebaya dengannya bermain dalam hujan dengan perasaan penuh minat. Aku tersenyum sendiri. Barangkali anak ini telah dinasihati oleh ibu-bapanya agar tidak turut serta bermain dalam hujan dengan amaran mungkin dijangkiti demam.
Bagi mereka, mungkin ibu-bapa kami tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan kami bermain hujan. Tapi kami tidak pernah kisah kerana kanak-kanak seperti ini sedang belajar mengenali persekitaran mereka. Biarkanlah mereka bebas menikmati saat-saat indah mereka sebagai kanak-kanak. Kalau mereka tidak suka, mereka boleh biarkan anak-anak mereka di dalam rumah bersama permainan Play Station mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan