Petang tadi, aku ada menonton sebuah drama di televisyen. Tidak perlu untuk aku menyatakan tajuk dan kisah drama tersebut. Cuma apa yang menarik perhatian aku adalah satu babak perbualan antara dua orang pemuda dari golongan taraf yang berbeza. Seorang pemuda yang berasal daripada keluarga nelayan manakala seorang lagi merupakan anak jutawan. Babak berkisar tentang anak nelayan yang sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli belah tersohor milik anak jutawan tadi. Anak nelayan itu masuk ke satu aras yang terdapat pelbagai barangan mewah.
Anak Jutawan : Maaf encik.. Aras ini hanya untuk pelanggan tetap kami yang
berbelanja lebih RM 10 ribu setahun.
Anak Nelayan : Oh, tidak sangka di pusat ini amalan kasta masih ada.
Apa bezanya mereka dengan aku? Apa yang mereka beli sehingga
RM 10 ribu itu boleh dibazirkan begitu sahaja?
Anak Jutawan : Kau mahu tahu apa bezanya?
Berapa wang yang kau ada dalam akaun sekarang?
Anak Nelayan : Taklah banyak sangat (sambil tertunduk malu).
Anak Jutawan : Itulah bezanya. Kau tahu berapa nilai wang dalam akaun
kau tapi mereka tak tahu kerana wang mereka sentiasa
bertambah tanpa mereka sedar. Tidak semua daripada
kita dilahirkan bernasib baik. Jadi mereka mahukan layanan yang
setaraf dengan mereka dan itu yang kami sediakan.
Secara tidak langsung ini akan melahirkan perbezaan taraf
sosial antara golongan kelas atasan dan kelas biasa.
Anak Nelayan : Jadi kau pun sama dengan mereka?
Anak Jutawan : Tiada sebab untuk aku cakap aku berbeza.
Faham tak apa mesej yang hendak disampaikan? Perbezaan taraf sosial itu masih wujud dalam masyarakat. Tidak kira apa cara dan bagaimana sekalipun kita tidak akan dapat lari daripadanya. Apa yang kita cakap atau bualkan seharian kadangkala menunjukkan perbezaan ini. Ambil sahaja contoh, kawan-kawan korang sedang becakap tentang Iphone sedangkan korang tak tahu pun apa itu Iphone. Apa korang rasa? Nak join mereka atau ......? Itulah yang membezakan aku dengan mereka..
susah untuk mengikis persepsi berkenaan dengan perbezaan taraf..keikhlasan dalam persahabatan dipandang sepi apabila sikap materialistik disanjung tinggi.lihat sahaja keadaan di universiti.itulah realiti kan?
BalasPadam